Tuesday, December 17, 2013

Kemasukan pelajar baru PTI sesi 2014

Insyaallah seramai 8 orang pelajar sahaja akan diambil untuk sesi ini memandangkan asrama yang sangat terhad. Pihak PTI akan mengeluarkan satu surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang layak pada 23 Disember 2013. Pendaftaran kemasukan akan diadakan pada:


Tarikh : 4 Januari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi – 11:00 pagi
Tempat : Dewan terbuka Madrasah Idrisiah Kampung Sungai Betul.


Insyaallah pihak PTI akan terus berusaha untuk membina asrama yang lebih luas pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya memasuki PTI.

"Bersama kami melahirkan Generasi al-Quran"

Kami memerlukan sumbangan untuk menampung kos operasi PTI
Sebarang sumbangan boleh dibankin ke akaun
Maybank Islamik : 558060504409 atas nama Madrasah Idrisiah Kampung Sungai Betul


Sebarang pertanyaan boleh berhubung:
014-7399781
019-5515179

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Sunday, December 8, 2013

Foto Karnival Jalinan Ukhwah "13

  1. Suasana sekitar Karnival
  2. Pertandingan Pingpong KJU '13 
  3. Pertandingan Mewarna KJU '13 
  4. Kursus Pengurusan Jenazah KJU '13 
  5. Sukaneka KJU '13 
  6. Pertandingan Memancing KJU '13 
  7. Kuliah Maghrib & Konsert Amal Jalinan Ukhwah

Wahai manusia!! ada peringatan dari pencipta alam ini

Rakaman di masjid Fatah batu 3 Kuantan

Antara peringatan dari Allah apabila manusia mula ingkar..Maka bumi ada 4 unsur yang akan berbicara..Tanah, Air, Angin dan Api..
Bila angin mula berbicara, taufan melanda
Bila Tanah berbicara jadilah tanah runtuh,gempa bumi, 
Bila air berbicara jadilah banjir, tsunami 
dan apabila masih leka, api berbicara antara tanda kiamat..

wahai manusia!! ada peringatan dari pencipta alam ini





Tuesday, December 3, 2013

Video Pelancaran Pusat Tahfiz Idrisiah Kampung Sungai Betul

Alhamdulillah majlis pelancaran Pusat Tahfiz Idrisiah telah disempurnakan oleh al Fadhil Ustaz Dr Badrul Amin sempena Karnival Jalinan Ukhwah '13 Madrasah Idrisiah Kampung Sungai Betul Bagan Datoh. Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Dr Badrul Amin kerana sudi melancarkan pusat tahfiz. 

 Pengambilan Pelajar Tahfiz sesi 2014

Syarat:

1. Lelaki
2. Umur 10 Tahun - 12 Tahun
3. Boleh membaca al-Quran dengan baik
4. Boleh Berdikari
5. Anak Yatim diutamakan jika memenuhi syarat-syarat diatas

Sebarang pertanyaan hubungi 014-7399781/019-5515179
layari: www.sahabat-surau.blospot.com

Saturday, November 16, 2013

TNB : TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN PEMBANTU TADBIR / PENYELENGGARA STOR KEMASUKAN 2013/2014

Jawatan Kekosongan  
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN PEMBANTU TADBIR / PENYELENGGARA STOR KEMASUKAN 2013/2014 

Maklumat Lanjut 


Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor. Latihan intensif dalam kelas dan latihan di tempat kerja (on job training) selama enam (6)  bulan akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, Bangi dan di stesen/jabatan TNB yang lain.

Peserta yang  terpilih akan diwajibkan menandatangani satu dokumen perjanjian penajaan pengajian TNB. Semasa di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, peserta program akan dibayar Elaun Sara Diri sebanyak RM60.00 sebulan manakala makan/minum serta penginapan asrama disediakan. Peserta akan di bayar Elaun Sara Diri sebanyak RM30.00 sehari semasa menjalani latihan di tempat kerja (on job training - OJT) di stesen/jabatan TNB terpilih.

Peserta yang berjaya menamatkan program dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan diberi pertimbangan untuk ditawarkan ke jawatan Pembantu Tadbir “B” gred PP07  atau Penyelenggara Stor “B” gred PP07 (RM1,150.00 – RM2,950.00) tertakluk kepada keperluan pengisian jawatan di seluruh TNB.

Friday, November 15, 2013

NASYID MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER


















Lirik lagu:

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER



PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI

BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI

HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

Thursday, November 14, 2013

Guru Tahfiz diperlukan di Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh

Tuesday, November 12, 2013

Perkembangan terkini Asrama Pusat Tahfiz Idrisiah

 Alhamdulillah setakat ini grill besi telah pun siap sepenuhnya dengan kos berjumlah RM2000. 5 Set katil dua tingkat ( katil/tilam/bantal) telah pun lengkap dibeli. Insyaallah tinggal langsir & loker sahaja yang belum ada dan dalam proses untuk tempah & beli. 

Pihak PTI/MI sangat mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk kos operasi & melengkapkan kelengkapan PTI ini.
Pengambilan pelajar baru sesi 2014 dibuka. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi  019-5515179

Lakaran wajah pembunuh Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP



JOM! sebarkan wajah pembunuh PPP JAIP
 Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 47, maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di Kuantan , kira-kira jam 2.30 petang 10hb November 2013 yang lalu.

Mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

Kini lakaran wajah suspek berusia dalam lingkungan 50an sudah mula diedarkan.

Jom kita sama-sama membantu pihak Polis DiRaja Malaysia untuk mengesan sehingga tertangkap suspek berkenaan.

Monday, November 4, 2013

Merebut kelebihan bulan Muharram


ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36) Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Saturday, November 2, 2013

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah




MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

Nasir, Kuantan.

Thursday, October 31, 2013

Hiburan Dalam Islam

Maka hiburan yang bagaimanakah yang dibenarkan syariat islam?Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata : “Sesungguhnya hati akan bosan seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka,bisa buta”.Kerehatan hati (hiburan) yang dimaksudkan berfungsi sebagai dorongan untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat bermatlamatkan keredhaan Allah swt dan ketahuilah bahawa sebaik-sebaik cara mendapatkan kerehatan dan ketenangan hati adalah dengan zikrullah (mengingati Allah).

Monday, October 28, 2013

Kisah Burung & Seekor Kijang Berjanji Dengan Rasulullah SAW



Hadith yang menceritakan tentang kelebihan dan khususiah Nabi Muhammad S.A.W. Dengarkan kisah seekor kijang yang berjanji dengan Rasulullah S.A.W yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya


duitriba1.jpg

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Terdapat dua soalan hampir serupa di dalam bab ini iaitu :-
Soalan1
Salam Ustaz, Ustaz tulis:
(Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.)
Maaf kerana saya kurang arif. Adakah saman kesalahan jalanraya seperti ini dianggap riba? Sedangkan ia bukanlah urusan pinjaman. Saya rasa ia lebih kurang sama dengan kes guru mendenda anak muridnya RM2 seperti komen di atas.

Friday, October 25, 2013

Wakaf set katil double decker

InsyALLAH Pusat Tahfiz Idrisiah akan mula beroperasi pada Jan 2014. Dalam masa 2 bulan ini pihak kami sedang berusaha melengkapkan kelengkapan asrama pelajar . Untuk setakat ini

1. kerja-kerja untuk memasang grill besi sedang berjalan.

2. Papan tanda Pusat Tahfiz sudah ditempah & mungkin akan dipasang dalam masa seminggu dua lagi.

3. 1 set katil double decker ( 2 Tilam & 2 bantal) sudah dibeli dengan harga RM440.

Pihak Pusat Tahfiz Idrisiah (Madrasah Idrisiah) memerlukan 4 set katil double decker lagi dimana 1 set katil adalah berharga RM440. Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan set katil ini boleh menghubungi 019-5515179. 

Monday, October 21, 2013

Karnival Jalinan Ukhwah '13


Bersempena Karnival Jalinan Ukhwah '13,Madrasah Idrisiah merancang mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kejohanan pingpong, pertandingan Gubahan, pertandingan mewarna, sukaneka yang dapat mengeratkan ukhwah dikalangan penduduk sekitar kawaan Bagan Datoh. Disamping itu juga program-program ilmiah juga akan dilaksanakan seperti kursus jenazah, ceramah gaya hidup sihat & pemakanan seimbang, tazkirah serta hiburan Islam juga diadakan dengan menjemput Iwan Syahman atau lebih dikenali Iwan dangdut, kumpulan nasyid VAST & Al-Uqab.

Diharap dengan apa yang telah kami rancangkan dapat memberi sedikit manfaat kepada masyarakat setempat & menolak persepsi segelintir masyarakat 
bahawa masjid atau surau hanyalah tempat beribadah semata-mata. Kami juga mengharapkan masyarakat setempat & diluar kawasan dapat memberikan sokongan kepada kami dari segi tenaga /wang ringgit /idea bagi menjayakan setiap program yang kami rancang.                                                                                                                                                         

Friday, October 18, 2013

Proses Pembuatan Dan Video Penukaran Kiswah (Kelambu Kaabah) 9 Zulhijjah


Setiap tahun semasa musim haji, kain penutup Kaabah (Kiswah) akan selalu diganti. Pada hari Isnin, Sheikh Abdulrahman al-Sudais, Imam Masjidil Haram di Makkah, menyerahkan Kiswah kepada Abdul Qader al-Shaibi, juru kunci Kaabah, sesuai tradisi tahunan.

Pada tahun 1927, Raja Saudi Abdul Aziz memerintahkan untuk mendirikan sebuah kilang yang didedikasikan untuk pengeluaran Kiswah di Makkah. Kilang ini telah menyaksikan siri pembangunan agar Kiswah mendapat bentuk dan kualiti yang terbaik.

Monday, October 14, 2013

Pendedahan kilang Bihun beroperasi sebelah kandang khinzir



Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya.

Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.


KERATAN AKHBAR METRO
BERFIKIR SEBELUM MEMBELI!!!!!!

Mencari Yang HALAL Fardhu bagi Umat Islam

Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.
Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.
Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.

Sunday, October 13, 2013

Kita kehilangan lagi Ulama terkenal Al-Muhaddith Sheikh Yusuf U'tum

Kita kehilangan lagi, Innalillah..ulama terkenal Al-Muhaddith Sheikh Yusuf U'tum Seorang Ulama' dan Muhaddith besar Jordan pada umurnya kira-kira 124 tahun.Beliau merupakan antara murid-murid terakhir Muhaddith Al Akbar Shaykh Badruddin Al Hassani Rahimahullah (Damascus, Syria) dan Shaykh Ali al Dhiqr Rahimahullah (Damascus, Syria). Al Fatihah

Saturday, October 12, 2013

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

 Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk

Friday, October 11, 2013

Jika rasa bersalah, tiada halangan untuk menteri letak jawatan - Ketua Audit Negara

SHAH ALAM: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menegaskan tidak ada apa-apa yang menyekat seseorang menteri daripada meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku yang didedahkan dalam laporan tahunan Jabatan Audit Negara.

Bagaimanapun Ambrin tidak menyatakan tindakan itu harus diwajibkan sebaliknya berpendapat keputusan berkenaan adalah tindakan peribadi.

Wednesday, October 9, 2013

Bayi 10 bulan maut dilanggar ketika ibu alih kenderaan dirumah

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar awal hari ini. Kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa

Kisah Bilal Bin Rabah


Bilal Bin Rabah

Begitu harum namanya disepanjang sejarah,
Menjadi sebutan manusia disepanjang zaman,
Hatinya penuh dengan keikhlasan sehingga laungan azannya berkumandang dilangit,
Seorang insan yang tidak dibezakan pangkat dan darjat, bangsa dan keturunan,
Kaya atau miskin, putih atau hitam,
Yang membezakan hanyalah ketaqwaan.


Monday, October 7, 2013

Pengambilan Pelajar Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan Pusat Tahfiz Idrisiah 2014 - Pengambilan Terhad!


Sukacita dimaklumkan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah & Pusat Tahfiz Idrisiah akan mengambil Pelajar baru untuk Sesi 2014. Kelas akan bermula pada 2hb Januari 2014.

Syarat - syarat adalah adalah seperti berikut

1. Berumur 10 - 12 Tahun
2. Boleh membaca Al Quran dengan baik.
3. Boleh berdikari tinggal di asrama.
4. Akhlak yang baik.
5. Lelaki sahaja.
6. Anak yatim akan diutamakan sekiranya memenuhi syarat diatas

Lokasi
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
(www.suraukini.com)
No 62 Jalan 2A/5,
Bdr Baru Selayang Fasa 2A
68100 Batu Caves.


 Lokasi
Pusat Tahfiz Idrisiah
(www.sahabat-surau.blogspot.com)
Kampung Sungai Betul
Bagan Datoh, Perak Darul Riduan.
Berminat hubungi SK untuk temuduga
013 2791608.

Montaj Penubuhan Pusat Tahfiz Idrisiah

Pengambilan pelajar Baru sesi 2014 Pusat Tahfiz Ad Diniyyah & Pusat Tahfiz Idrisiah

Sunday, October 6, 2013

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 www.zaharuddin.net

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
hajmecca.jpg


KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya 
وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

Sunday, September 29, 2013

Doa Qunut Nazilah

Doakan saudara kita di Syria, Palestin, Mesir & Seluruh Dunia, moga kemenangan milik Islam

Ya ALLAH
Sesungguhnya kami meletakkan-MU di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-MU daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya ALLAH
 Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkan & kacau-bilaukan persatuan mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha menghukum,
wahai Tuhan yang Bersifat Murka,
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Wahai Tuhan yang Menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang Mengarakkan Awan,
Wahai Tuhan yangmenewaskan bala tentera Ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menagkan kami ke atas mereka,
Amin.....


Friday, September 27, 2013

IBADAT KORBAN

 


HUKUM IBADAT KORBAN

Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad(Sunat yang dituntut dalam agama Islam  

PENGERTIAN IBADAH KORBAN


Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.
Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.


Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."
As-Saafaat ayat 103-107:

Baca Al-Quran Rahsia Panjng Umur

Baca Quran rahsia panjang umur
Husain boleh membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata
 
ALOR SETAR - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.

Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung  Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.

Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri,  Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.

Thursday, September 26, 2013

Syaikh Muhammad Mahmud Siyam Mantan Imam Masjidil Aqsa Yang Juga Merupakan Pimpinan Hamas Mencium Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan.

(Gambar) Ribuan Tunai Solat Jenazah Ustaz Azizan

POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.  
Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak

Bekas MB Kedah Ustaz Azizan meninggal Dunia

  • Azizan
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius.

Allahyarham dilaporkan mengalami  masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam.

Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik.

Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, September 25, 2013

Adat Kahwin : Dulu Molek Sekarang Dok Molek

Akad nikah dekat rumah perempuan
1. Tahun 80an ke atas masa akad nikah orang perempuan duduk dalam bilik, duk intai kite ikut langsir
2. Tahun 90an ke atas masa akad nikah keluar kepala ikut langsir, sebab nak tunjuk bahawa dialah bakal   pengantin, takut orang tak kenal
3. Tahun 2000 ke atas masa akad nikah pengantin perempuan duduk dekat luar, jauh sikit dari rombongan pengantin lelaki.
4. Tahun 2010 ke atas masa akad nikah pengantin perempuan duduk dekat depan Tok Imam, sebelah pengantin lelaki.



Tuesday, September 24, 2013

Montaj Madrasah Idrisiah


Ilmu Saka Rosakkan Manusia


IKHTIAR…apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.


Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Iman - Syaitan Dan Saka

Secebis kata-kata renungan serta amanah yang mesti diamalkan untuk merasai keikhlasan, keyakinan, dan menerbitkan insan bertaqwa. Mengapa kita lemah? Tahap keimanan seumpama buih. Dimana tahap Iman kita?
Berada dikawasan seram, gelap dan sebagainya meremang bulu roma. Bila menyebut nama Allah, adakah rasa meremang bulu roma? Mengapa jadi begini? Kenapa jadi perbezaan yang ketara yang kita sendiri tak tahu puncanya. Jawapannya kerana hati kita menjadi istana syaitan. Samaada setuju atau tak,  kita boleh buktikan. Sesiapa yang merasakan ada saka didalam dirinya cuba lah berzikir dengan kalimah:



Rasakan perubahan dalam hati dan pemikiran. Hati kita umpama gelas yang kosong, isilah dengan dizikirkan Kalimah ini. Rasakan keadaannya.
Sekiranya tidak diisi maka syaitan dan iblis akan memegang tampuk kuasa. Keluarlah istilah saka dan sebagainya untuk mengeluarkan saka mudah tetapi sipesakit perlu istiqamah dalam melakukan zikir kalimah Laailla haill Allah Muhammadurrasullullah kerana akan merasai sakit kepala melayang berpusing dan sebagainya, itu semua adalah tipudaya syaitan supaya kita berhenti berzikir. Syaitan dan iblis amat takut kepada pengamal zikir ini.
Hadis dari Muntakhab Ahadith. Hadith-Hadith Nabawi.
Dari Abdullah ibn Masud (r.h.) meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah saw. bersabda : “ Sesungguhnya syaitan dan malaikat membisikkan kedalam setiap hati manusia. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan para Malaikat ialah mendorong manusia supaya berbuat kebaikan dan kebenaran. Maka barang siapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah snwt. Dan bersyukurlah kepada Allah snwt. Barang siapa terdorong kepada kejahatan hendaklah dia berlindung kepada Allah snwt. Daripada syaitan yang kena rejam. Kemudian Baginda membaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan”. ( Surah Al-Baqarah ayat 268). ( Hadis Riwayat Tarmizi. )
Ayat Al-Quran Surah Al-A’araf ayat 16 dan 17.
Surah Al-A’araf ayat 16 dan 17, Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus”; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
Amalan zikir inilah adalah amalan pokok atau tiang bagi Iman. Kalimah yang dinyatakan pula adalah kalimah menyucikan untuk menyucikan hati. Kalimah ikhlas untuk mendatangkan rasa ikhlas dalam diri atas segala perbuatan. Kalimah yakin untuk dapat mendatangkan keyakinan pada Allah dan Rasul.
Kalimah tersebut adalah Kalimah Tayyibah. Zikirkan didalam hati sebanyak-banyak nya.

Ayat Al-Quran (Petikan buku Fazaile – Amal)
” Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan Kalimah Yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh menjunam kebumi dan batangnya menjulang kelangit. Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”. ( Surah Ibrahim ayat 24-26 )
Ibnu Abbas berkata itulah Kalimah Tayyibah.
Benteng bagi pengidap saka (syaitan).
By: Wanazrol

Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin


1. Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi s.a.w

2. Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan

3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat gelap

4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing

5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa

6. Jangan membuang air merata-rata tempat terutama di lubang-lubang

7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah

Mahkamah Rusia arah musnah terjemahan al-Quran



 
Seorang ulama terkenal Rusia membantah keputusan sebuah mahkamah wilayah yang mengisytiharkan sebuah terjemahan Al-Quran sebagai ekstrimis dan mengarahkan supaya dimusnahkan.

Ketua Majlis Mufti Rusia Ravil Gainutdin berkata dalam surat terbuka kepada Presiden Vladimir Putin pada Isnin bahawa keputusan tersebut sebagai "buta huruf" dan "provokatif", lapor agensi berita antarabangsa AP semalam.

Mahkamah itu minggu lalu memutuskan terjemahan Al-Quran oleh Elmir Kuliyev yang diterbitkan di Arab Saudi pada 2002 melanggar undang-undang persekutuan yang mengharam bahan bersifat ekstrem.

Gainutdin berkata, "Muslim Rusia terkejut dengan pengabaian undang-undang yang ditunjukkan oleh mahkamah" di pelabuhan Laut Hitam Novorossiisk dan menuntut keputusan itu dibatalkan.

Beliau berkata perintah mahkamah untuk menghancurkan kitab suci umat Islam amat keterlaluan.

Malaysiakini

Sejarah Ringkas Ihwanul Muslimin

Prihatin Mesir | Ikhwan Muslimin

SEJARAH RINGKAS IKHWAN.

1928-Ikhwan ditubuhkan oleh Hasan Al Banna.
1949-Hasan Al Banna dibunuh.
1954-Jamal Abdul Nasir menangkap dan menggantung mati ramai pimpinan ikhwan.
1984-Ikhwan mula masuk pilihanraya dan menang banyak kerusi.
2011-Parti freedom and Justice FJP ditubuhkan.
2013 - Ikhwan mendapat lesen resmi tubuh جمعية الاخوان المسلمون.
2013-ikhwan dibubarkan/diharamkan kembali.

#prihatinmesir

Monday, September 23, 2013

PENDIRIAN LIQA' ASATIZAH BERKENAAN PEMBEDAHAN BATIN

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :
1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains.
2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.
3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra’ adalah batil kerana perkara tersebut adalah irhas/mu’jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.

Sunday, September 22, 2013

KEBENARAN ITU RENTAS SEMPADAN

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Tiada siapa yang terlepas dari kesilapan dalam dunia ini. Nabi Muhammad s.a.w pun pernah ditegur oleh Allah beberapa kali, termasuk cara baginda melayan ‘Abd Allah bin Ummi Maktum sehingga Allah menurunkan Surah ‘Abasa. Apatah lagi selain nabi, tentu sahaja bukan sekadar kesilapan, tetapi kesalahan dan dosa. Sebesar mana pun ketokohan dan keilmuannya, dosa tetap akan tertampal dalam kehidupannya. Jika tidak pada perbuatan anggotanya, pada niat dan apa yang tersirat dalam jantung hatinya.
Tiada tokoh agamawan yang sunyi dari dosa. Biar pun sebesar mana nama dan kemasyhurannya. Tiada tokoh sarjana sebijak mana sekalipun, pasti ada kebodohannya. Biar pun sebesar mana kesarjanaan dan kepakarannya. Tiada yang sempurna melainkan Allah.