Monday, October 14, 2013

Mencari Yang HALAL Fardhu bagi Umat Islam

Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.
Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.
Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.
Firman-Nya bermaksud: “Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah an-Nisa, ayat 161)
Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Jom Klik Link dibawah untuk mengetahui jenama Islam & Bukan Islam
Produk Jenama Islam (Mukmin brands)
Produk Jenama Bukan Islam

"Mencari Yang HALAL Fardhu bagi umat Islam" 

No comments:

Post a Comment