
Oleh
Zaharuddin
Abd Rahman
Terdapat dua soalan hampir serupa di dalam bab ini iaitu :-
Soalan1
Salam
Ustaz, Ustaz tulis:
(Bagi mereka yang dikenakan saman
atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan
memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu minggu. Contohnya, jika
dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari,
nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di
dalam riba Al-Jahiliyyah.)
Maaf
kerana saya kurang arif. Adakah saman kesalahan jalanraya seperti ini dianggap
riba? Sedangkan ia bukanlah urusan pinjaman. Saya rasa ia lebih kurang sama
dengan kes guru mendenda anak muridnya RM2 seperti komen di atas.
Soalan 2
Saya
kurang faham dengan contoh ketiga riba al-jahiliyyah yang ustaz berikan;
berkenaan denda saman lalu lintas. sekadar kefahaman saya yang sedikit ni, riba
berlaku dalam akad pinjaman & petukaran barang ribawi. jadi bagaimana
perbezaan bayaran denda disebabkan masa boleh tergolong dalam riba yang ini?
saya tak dapat nampak konsep pinjaman atau pertukaran barang ribawi dalam
contoh ni. kalau boleh ustaz tolong perjelaskan lagi. syukran
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Buat maklumat pembaca, soalan ini timbul apabila yang bertanya membaca artikel saya yang lalu .
Begini,
apa yang perlu saudara faham adalah riba kategori duyun (terhasil dari pinjam
dan hutang) boleh terbentuk dari empat cara berikut :-
1) Pinjam duit dan manfaat sesuatu aset : Apabila pemberi pinjam mensyaratkan sebarang tamabahn dalam bentuk duit atau
manfaat lain = Riba terbentuk.
2) Pembelian secara hutang : disyaratkan
kiranya lambat bayar hutang (harga barang yang dibeli), akan ditambah jumlah
hutangnya = Riba terbentuk.
3) Diberi pinjam barang (macam dalam contoh
perpustakaan) : Sekiranya lambat dipulang barang yang dipinjam akan
dikenakan
denda BERBENTUK DUIT, tatkala itu = RIBA TERBENTUK, kerana buku diberi
pinjam manfaatnya dan dipulangkan beserta tambahan duit. denda. APABILA
DISYARATKAN
PULA jika hutang denda lewat bayar, kos tambahan akan dikenakan = Riba
kedua terbentuk.
4) Denda duit lewat dibayar :
apabila tersalah letak kenderaan, denda BERBENTUK
DUIT dikenakan, tatkala itu hutang wang terbentuk di antara majlis
bandaraya
dan pemilik kereta. Pemilik kereta dikira sedang berhutang duit kepada
majlis. Apabila disyaratkan pula jika lewat bayar hutang denda itu,
jumlah akan
bertambah, maka RIBA terbentuk.
Kes
anak murid lambat hantar assignment tiada kena mengena kerana tiada hutang duit
terbentuk hasil dari kelewatan.
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
No comments:
Post a Comment