Maka
hiburan yang bagaimanakah yang dibenarkan syariat islam?Saidina Ali bin
Abi Talib R.A pernah berkata : “Sesungguhnya hati akan bosan seperti
badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati.
Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak
suka,bisa buta”.Kerehatan
hati (hiburan) yang dimaksudkan berfungsi sebagai dorongan untuk
berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat
bermatlamatkan keredhaan Allah swt dan ketahuilah bahawa sebaik-sebaik
cara mendapatkan kerehatan dan ketenangan hati adalah dengan zikrullah (mengingati Allah).
Konsep
hiburan dalam islam mudah difahami melalui fatwa yang dikeluarkan oleh
Imam Al-Ghazali dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin yang menyatakan, “Hukum seni muzik dan seni suara adalah HARUS.Keharamannya adalah disebabkan oleh hal-hal lain bukan sebab zatnya sendiri”.Analoginya,ayam
itu halal untuk dimakan,namun kalau ayam itu digoreng dengan
mencampurkan arak,hukumnya adalah haram.Selain itu,islam juga
menggariskan kesederhanaan dalam berhibur.Kebaikan hiburan akan dapat
dihayati apabila dilakukan berselangan dengan perkara-perkara
serius.Hiburan umpama tahi lalat di pipi yang boleh memaniskan wajah
seseorang, tetapi jika bilangan terlampau banyak, wajah akan bertukar
menjadi hodoh dan begitulah hati manusia.
Secara
keseluruhannya dapatlah dikatakan hal-hal lain yang bukan sebab zat
hiburan seperti yang dikatakan Imam Al-Ghazali adalah seperti lirik lagu
atau skrip yang memuja wanita,menggalakkan perkara-perkara haram
seperti pergaulan bebas,dan fitnah yang menghina amalan-amalan
islam,mengandungi unsur yang tidak bermanfaat seperti khayalan
cinta,menyerupai pengaruh ajaran agama lain atau ideologi yang
menyesatkan dan dipersembahkan dengan tidak menepati tuntutan islam
seperti tidak menutup aurat dan penjadualan yang mengabaikan ibadat yang
lebih utama seperti solat di awal waktu dan mempelajari al-quran.
Adakah
skop hiburan dalam islam ini terlalu sempit dan terhad sehingga orang
ramai terfikir alternatif hiburan islamik hanya nasyid,qasidah dan lafaz
zikir yang dilagukan?Sama sekali tidak!.Dalam hal ini,para pendengar
adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi
mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri tentang hiburan yang bagaimana
bersesuaian dengan dirinya.Contohnya,mendengar lagu yang berlirikkan
perkara yang memesongkan ajaran islam dan mempropagandakan ideologi
Barat lebih membuatkan si A berzikrullah
dan menjadikan lagu tersebut pengajaran bahawa musuh-musuh islam tidak
akan pernah berhenti membolak-balikkan hati umat islam,maka ia tidak
haram buat dirinya.Lagu Ketulusan Hati nyanyian
Anuar Zain walaupun berkisarkan percintaan,namun jika ditafsirkan si B
ia ditujukan kepada Allah swt,maka ia juga tidak menyalahi syariat.
Bagaimana
pula dengan suara wanita yang dikatakan aurat?Jelasnya,Islam menentang
perempuan yang mencantikkan suaranya secara mendayu dan menggoda kecuali
pada yang berhak yakni suaminya.Persoalan yang akan timbul apabila
berbicara tentang perkara ini, bagaimana mendayu dan manja itu
diukur?Disebabkan tiada kayu pengukur untuknya,ada ulama’ yang
menggariskan satu kaedah yang selamat, mengharamkan suara wanita dalam
hiburan di khalayak terutamanya seni nyanyian secara mutlak.Walau
bagaimanapun,jika pendengar nyanyian wanita tersebut hanya kaum wanita
dengan tiada langsung campur tangan kaum lelaki,maka ia dibenarkan sama
sekali.
Beralih
kepada bab alat muzik bertali dalam hiburan,kita perhatikan dulu kenapa
ada ulama’ yang mengharamkannya dahulu.Ini adalah kerana suatu ketika
dahulu,alat muzik bertali merupakan simbol peminum arak dan mereka
berpegang teguh dengan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi,
“Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat dan petunjuk kepada
sekalian alam. Dia memerintahkan aku menghapuskan al-Mazamir (alat muzik
yang ditiup seperti seruling) dan al-kabarat (gambus dan alat muzik
bertali) serta berhala yang disembah di zaman jahiliyyah.”Dalam situasi
masa kini,penggunaan alat muzik bertali dibenarkan kerana pada zaman
ini,alat muzik bertali sudah menjadi kebiasaan masyarakat umum dan tidak
lagi terhad kepada golongan tertentu,maka ia dibenarkan.Nah,bukankah
islam itu mudah lagi mempermudahkan?Selamat berhibur!
No comments:
Post a Comment