Thursday, October 31, 2013
Monday, October 28, 2013
Kisah Burung & Seekor Kijang Berjanji Dengan Rasulullah SAW
Hadith yang menceritakan tentang kelebihan dan khususiah Nabi Muhammad
S.A.W. Dengarkan kisah seekor kijang yang berjanji dengan Rasulullah
S.A.W yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya

Oleh
Zaharuddin
Abd Rahman
Terdapat dua soalan hampir serupa di dalam bab ini iaitu :-
Soalan1
Salam
Ustaz, Ustaz tulis:
(Bagi mereka yang dikenakan saman
atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan
memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu minggu. Contohnya, jika
dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari,
nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di
dalam riba Al-Jahiliyyah.)
Maaf
kerana saya kurang arif. Adakah saman kesalahan jalanraya seperti ini dianggap
riba? Sedangkan ia bukanlah urusan pinjaman. Saya rasa ia lebih kurang sama
dengan kes guru mendenda anak muridnya RM2 seperti komen di atas.
Friday, October 25, 2013
Wakaf set katil double decker
InsyALLAH Pusat Tahfiz Idrisiah akan mula beroperasi pada Jan 2014. Dalam masa 2 bulan ini pihak kami sedang berusaha melengkapkan kelengkapan asrama pelajar . Untuk setakat ini
1. kerja-kerja untuk memasang grill besi sedang berjalan.
2. Papan tanda Pusat Tahfiz sudah ditempah & mungkin akan dipasang dalam masa seminggu dua lagi.
3. 1 set katil double decker ( 2 Tilam & 2 bantal) sudah dibeli dengan harga RM440.
Pihak Pusat Tahfiz Idrisiah (Madrasah Idrisiah) memerlukan 4 set katil double decker lagi dimana 1 set katil adalah berharga RM440. Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan set katil ini boleh menghubungi 019-5515179.
Monday, October 21, 2013
Karnival Jalinan Ukhwah '13

Bersempena Karnival Jalinan Ukhwah '13,Madrasah Idrisiah merancang mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kejohanan pingpong, pertandingan Gubahan, pertandingan mewarna, sukaneka yang dapat mengeratkan ukhwah dikalangan penduduk sekitar kawaan Bagan Datoh. Disamping itu juga program-program ilmiah juga akan dilaksanakan seperti kursus jenazah, ceramah gaya hidup sihat & pemakanan seimbang, tazkirah serta hiburan Islam juga diadakan dengan menjemput Iwan Syahman atau lebih dikenali Iwan dangdut, kumpulan nasyid VAST & Al-Uqab.

bahawa masjid atau surau hanyalah tempat beribadah semata-mata. Kami juga mengharapkan masyarakat setempat & diluar kawasan dapat memberikan sokongan kepada kami dari segi tenaga /wang ringgit /idea bagi menjayakan setiap program yang kami rancang.
Friday, October 18, 2013
Proses Pembuatan Dan Video Penukaran Kiswah (Kelambu Kaabah) 9 Zulhijjah
Setiap tahun semasa musim haji,
kain penutup Kaabah (Kiswah) akan selalu diganti. Pada hari Isnin,
Sheikh Abdulrahman al-Sudais, Imam Masjidil Haram di Makkah, menyerahkan
Kiswah kepada Abdul Qader al-Shaibi, juru kunci Kaabah, sesuai tradisi
tahunan.
Pada tahun 1927, Raja Saudi Abdul Aziz memerintahkan untuk mendirikan sebuah kilang yang didedikasikan untuk pengeluaran Kiswah di Makkah. Kilang ini telah menyaksikan siri pembangunan agar Kiswah mendapat bentuk dan kualiti yang terbaik.
Monday, October 14, 2013
Pendedahan kilang Bihun beroperasi sebelah kandang khinzir

Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.
KERATAN AKHBAR METRO
BERFIKIR SEBELUM MEMBELI!!!!!!
Mencari Yang HALAL Fardhu bagi Umat Islam
Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.
Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.
Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.
Sunday, October 13, 2013
Kita kehilangan lagi Ulama terkenal Al-Muhaddith Sheikh Yusuf U'tum
Kita
kehilangan lagi, Innalillah..ulama terkenal Al-Muhaddith Sheikh Yusuf
U'tum Seorang Ulama' dan Muhaddith besar Jordan pada umurnya kira-kira
124 tahun.Beliau merupakan antara murid-murid terakhir Muhaddith Al Akbar
Shaykh Badruddin Al Hassani Rahimahullah (Damascus, Syria) dan Shaykh Ali al Dhiqr Rahimahullah (Damascus, Syria). Al Fatihah
Saturday, October 12, 2013
Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam
Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia
menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah
satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah
ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah
agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus
menerus untuk
Friday, October 11, 2013
Jika rasa bersalah, tiada halangan untuk menteri letak jawatan - Ketua Audit Negara
SHAH ALAM: Ketua Audit Negara, Tan Sri
Ambrin Buang menegaskan tidak ada apa-apa yang menyekat seseorang
menteri daripada meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku yang
didedahkan dalam laporan tahunan Jabatan Audit Negara.
Bagaimanapun Ambrin tidak menyatakan tindakan itu harus diwajibkan sebaliknya berpendapat keputusan berkenaan adalah tindakan peribadi.
Bagaimanapun Ambrin tidak menyatakan tindakan itu harus diwajibkan sebaliknya berpendapat keputusan berkenaan adalah tindakan peribadi.
Thursday, October 10, 2013
Wednesday, October 9, 2013
Bayi 10 bulan maut dilanggar ketika ibu alih kenderaan dirumah
KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar awal hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa
Kisah Bilal Bin Rabah
Bilal Bin Rabah
Begitu harum namanya disepanjang sejarah,
Menjadi sebutan manusia disepanjang zaman,
Hatinya penuh dengan keikhlasan sehingga laungan azannya berkumandang dilangit,
Seorang insan yang tidak dibezakan pangkat dan darjat, bangsa dan keturunan,
Kaya atau miskin, putih atau hitam,
Yang membezakan hanyalah ketaqwaan.
Monday, October 7, 2013
Pengambilan Pelajar Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan Pusat Tahfiz Idrisiah 2014 - Pengambilan Terhad!
Sukacita dimaklumkan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah & Pusat Tahfiz
Idrisiah akan mengambil Pelajar baru untuk Sesi 2014. Kelas akan bermula
pada 2hb Januari 2014.
Syarat - syarat adalah adalah seperti berikut
1. Berumur 10 - 12 Tahun
2. Boleh membaca Al Quran dengan baik.
3. Boleh berdikari tinggal di asrama.
4. Akhlak yang baik.
5. Lelaki sahaja.
6. Anak yatim akan diutamakan sekiranya memenuhi syarat diatas
Lokasi
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
(www.suraukini.com)
(www.suraukini.com)
No 62 Jalan 2A/5,
Bdr Baru Selayang Fasa 2A
68100 Batu Caves.
Lokasi
Pusat Tahfiz Idrisiah
(www.sahabat-surau.blogspot.com)
(www.sahabat-surau.blogspot.com)
Kampung Sungai Betul
Bagan Datoh, Perak Darul Riduan.
Berminat hubungi SK untuk temuduga
013 2791608.
Sunday, October 6, 2013
Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan
peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan
keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama
hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad
Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Perlukan
difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang
dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas
sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya
وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya:
dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan
itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih
dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya
memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
Subscribe to:
Posts (Atom)