SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat kenyataan semula berhubung isu istihalah melibatkan gelatin babi sama ada halal ataupun tidak dimakan oleh orang Islam.
Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan semula itu perlu setelah tersebar perbezaan pandangan dalam kalangan ulama fiqh berhubung perkara itu yang telah menyebabkan kekeliruan masyarakat.
Katanya, sebelum ini telah difatwakan barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah DNA babi adalah haram dan tidak boleh digunakan oleh orang Islam.
"Justeru, mereka perlu mengutarakan kembali dengan hujah ringkas agar tidak mengelirukan masyarakat dan maklumat tepat Jakim perlu diperoleh berdasarkan makmal halal badan itu.