Monday, January 6, 2014

Pelajar sesi pertama Pusat Tahfiz Idrisiah

Alhamdulillah 4 Januari 2014 telah mencatat sejarah dimana hasrat pihak surau untuk menubuhkan sebuah pusat tahfiz menjadi kenyataan. 

Dengan tertubuhnya pusat tahfiz ini dapat mengimarahkan lagi surau & memberikan satu suntikan semangat buat penduduk kampung terutamanya ahli jemaah surau sendiri dalam usaha melahirkan generasi al - Quran  yang berkualiti. 

Antara rahmat dari penubuhan tahfiz ini menjadikan ahli jemaah surau yang merokok merasa segan untuk menghisap rokok dikawasan surau walaupun tiada sebarang arahan dikeluarkan. Kesedaran ini timbul dengan sendirinya setelah tertubuhnya pusat tahfiz ini. 

Semoga seluruh penduduk kampung akan mendapat rahmat dengan penubuhan pusat tahfiz ini. 

Pihak PTI sangat mengalu-alukan kepada semua untuk mendaftarkan anak mereka ke PTI. Tempat adalah terhad dimana kami hanya memerlukan seramai 5 orangsahaja.

Pihak PTI juga mengalu-alukan jika sesiapa yang ingin menyumbang bagi melancarkan lagi operasi pusat tahfiz. 

Sebarang bentuk sumbangan boleh dibankin ke akaun: 

Maybank Islamik : 558060504409 
(Madrasah Idrisiah Kampung Sungai Betul)


Untuk sebarang maklumat boleh Call/SMS/Whatsapp 
014 -7399781@ 019-5515179
                        




Mesyuarat & Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pusat Tahfiz Idrisiah

Alhamdulillah mesyuarat Kali pertama AJK pelaksana telah diadakan pada 4 Januari 2014 selepas solat maghrib.


Mesyuarat kali  ini telah  membincangkan fungsi atau justifikasi tugas bagi setiap lujnah yang dilantik bagi melancarkan operasi pusat tahfiz ini. Tahniah & takziah buat mereka yang telah dilantik. Semoga amanah yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dengan ikhlas.


Hari pendaftaran Pelajar baru Pusat Tahfiz Idrisiah

 Alhamdulillah pada 4 Januari 2014 mencatat sejarah dimana kemasukan pelajar baru telah bermula & hasrat pihak surau untuk menubuhkan satu pusat tahfiz telah menjadi satu kenyataan. 


 
walaupun pada mulanya Jumlah pelajar yang akan mendaftar adalah seramai  7 orang, tetapi yang berjaya hadir mendaftar adalah seramai 3 orang & selebihnya telah Membatalkan hasrat untuk mendaftar pada saat - saat akhir oleh sebab-sebab tertentu. Pihak PTI masih membuka lagi tawaran kemasukan ke Pusat Tahfiz kami. Sesiapa yang berminat boleh hubungi/sms/whatsapp 014 - 7399781 @ 019-5515179. Peringkat permulaan kami hanya memerlukan seramai 8 orang pelajar sahaja. Setakat ini terdapat 5 kekosongan sahaja. Jom Bantu kami melahirkan generasi al-Quran


Wednesday, January 1, 2014

Ayat Benteng Pertahanan Diri, keluarga & Harta Benda

Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36) 



Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

5 Gangguan Syaitan Semasa Solat


1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.