Sunday, September 29, 2013

Doa Qunut Nazilah

Doakan saudara kita di Syria, Palestin, Mesir & Seluruh Dunia, moga kemenangan milik Islam

Ya ALLAH
Sesungguhnya kami meletakkan-MU di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-MU daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya ALLAH
 Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkan & kacau-bilaukan persatuan mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha menghukum,
wahai Tuhan yang Bersifat Murka,
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Wahai Tuhan yang Menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang Mengarakkan Awan,
Wahai Tuhan yangmenewaskan bala tentera Ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menagkan kami ke atas mereka,
Amin.....


Friday, September 27, 2013

IBADAT KORBAN

 


HUKUM IBADAT KORBAN

Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad(Sunat yang dituntut dalam agama Islam  

PENGERTIAN IBADAH KORBAN


Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.
Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.


Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."
As-Saafaat ayat 103-107:

Baca Al-Quran Rahsia Panjng Umur

Baca Quran rahsia panjang umur
Husain boleh membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata
 
ALOR SETAR - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.

Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung  Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.

Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri,  Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.

Thursday, September 26, 2013

Syaikh Muhammad Mahmud Siyam Mantan Imam Masjidil Aqsa Yang Juga Merupakan Pimpinan Hamas Mencium Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan.

(Gambar) Ribuan Tunai Solat Jenazah Ustaz Azizan

POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.  
Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak

Bekas MB Kedah Ustaz Azizan meninggal Dunia

  • Azizan
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius.

Allahyarham dilaporkan mengalami  masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam.

Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik.

Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, September 25, 2013

Adat Kahwin : Dulu Molek Sekarang Dok Molek

Akad nikah dekat rumah perempuan
1. Tahun 80an ke atas masa akad nikah orang perempuan duduk dalam bilik, duk intai kite ikut langsir
2. Tahun 90an ke atas masa akad nikah keluar kepala ikut langsir, sebab nak tunjuk bahawa dialah bakal   pengantin, takut orang tak kenal
3. Tahun 2000 ke atas masa akad nikah pengantin perempuan duduk dekat luar, jauh sikit dari rombongan pengantin lelaki.
4. Tahun 2010 ke atas masa akad nikah pengantin perempuan duduk dekat depan Tok Imam, sebelah pengantin lelaki.



Tuesday, September 24, 2013

Montaj Madrasah Idrisiah


Ilmu Saka Rosakkan Manusia


IKHTIAR…apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.


Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Iman - Syaitan Dan Saka

Secebis kata-kata renungan serta amanah yang mesti diamalkan untuk merasai keikhlasan, keyakinan, dan menerbitkan insan bertaqwa. Mengapa kita lemah? Tahap keimanan seumpama buih. Dimana tahap Iman kita?
Berada dikawasan seram, gelap dan sebagainya meremang bulu roma. Bila menyebut nama Allah, adakah rasa meremang bulu roma? Mengapa jadi begini? Kenapa jadi perbezaan yang ketara yang kita sendiri tak tahu puncanya. Jawapannya kerana hati kita menjadi istana syaitan. Samaada setuju atau tak,  kita boleh buktikan. Sesiapa yang merasakan ada saka didalam dirinya cuba lah berzikir dengan kalimah:



Rasakan perubahan dalam hati dan pemikiran. Hati kita umpama gelas yang kosong, isilah dengan dizikirkan Kalimah ini. Rasakan keadaannya.
Sekiranya tidak diisi maka syaitan dan iblis akan memegang tampuk kuasa. Keluarlah istilah saka dan sebagainya untuk mengeluarkan saka mudah tetapi sipesakit perlu istiqamah dalam melakukan zikir kalimah Laailla haill Allah Muhammadurrasullullah kerana akan merasai sakit kepala melayang berpusing dan sebagainya, itu semua adalah tipudaya syaitan supaya kita berhenti berzikir. Syaitan dan iblis amat takut kepada pengamal zikir ini.
Hadis dari Muntakhab Ahadith. Hadith-Hadith Nabawi.
Dari Abdullah ibn Masud (r.h.) meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah saw. bersabda : “ Sesungguhnya syaitan dan malaikat membisikkan kedalam setiap hati manusia. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan para Malaikat ialah mendorong manusia supaya berbuat kebaikan dan kebenaran. Maka barang siapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah snwt. Dan bersyukurlah kepada Allah snwt. Barang siapa terdorong kepada kejahatan hendaklah dia berlindung kepada Allah snwt. Daripada syaitan yang kena rejam. Kemudian Baginda membaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan”. ( Surah Al-Baqarah ayat 268). ( Hadis Riwayat Tarmizi. )
Ayat Al-Quran Surah Al-A’araf ayat 16 dan 17.
Surah Al-A’araf ayat 16 dan 17, Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus”; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
Amalan zikir inilah adalah amalan pokok atau tiang bagi Iman. Kalimah yang dinyatakan pula adalah kalimah menyucikan untuk menyucikan hati. Kalimah ikhlas untuk mendatangkan rasa ikhlas dalam diri atas segala perbuatan. Kalimah yakin untuk dapat mendatangkan keyakinan pada Allah dan Rasul.
Kalimah tersebut adalah Kalimah Tayyibah. Zikirkan didalam hati sebanyak-banyak nya.

Ayat Al-Quran (Petikan buku Fazaile – Amal)
” Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan Kalimah Yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh menjunam kebumi dan batangnya menjulang kelangit. Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”. ( Surah Ibrahim ayat 24-26 )
Ibnu Abbas berkata itulah Kalimah Tayyibah.
Benteng bagi pengidap saka (syaitan).
By: Wanazrol

Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin


1. Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi s.a.w

2. Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan

3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat gelap

4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing

5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa

6. Jangan membuang air merata-rata tempat terutama di lubang-lubang

7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah

Mahkamah Rusia arah musnah terjemahan al-Quran



 
Seorang ulama terkenal Rusia membantah keputusan sebuah mahkamah wilayah yang mengisytiharkan sebuah terjemahan Al-Quran sebagai ekstrimis dan mengarahkan supaya dimusnahkan.

Ketua Majlis Mufti Rusia Ravil Gainutdin berkata dalam surat terbuka kepada Presiden Vladimir Putin pada Isnin bahawa keputusan tersebut sebagai "buta huruf" dan "provokatif", lapor agensi berita antarabangsa AP semalam.

Mahkamah itu minggu lalu memutuskan terjemahan Al-Quran oleh Elmir Kuliyev yang diterbitkan di Arab Saudi pada 2002 melanggar undang-undang persekutuan yang mengharam bahan bersifat ekstrem.

Gainutdin berkata, "Muslim Rusia terkejut dengan pengabaian undang-undang yang ditunjukkan oleh mahkamah" di pelabuhan Laut Hitam Novorossiisk dan menuntut keputusan itu dibatalkan.

Beliau berkata perintah mahkamah untuk menghancurkan kitab suci umat Islam amat keterlaluan.

Malaysiakini

Sejarah Ringkas Ihwanul Muslimin

Prihatin Mesir | Ikhwan Muslimin

SEJARAH RINGKAS IKHWAN.

1928-Ikhwan ditubuhkan oleh Hasan Al Banna.
1949-Hasan Al Banna dibunuh.
1954-Jamal Abdul Nasir menangkap dan menggantung mati ramai pimpinan ikhwan.
1984-Ikhwan mula masuk pilihanraya dan menang banyak kerusi.
2011-Parti freedom and Justice FJP ditubuhkan.
2013 - Ikhwan mendapat lesen resmi tubuh جمعية الاخوان المسلمون.
2013-ikhwan dibubarkan/diharamkan kembali.

#prihatinmesir

Monday, September 23, 2013

PENDIRIAN LIQA' ASATIZAH BERKENAAN PEMBEDAHAN BATIN

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :
1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains.
2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.
3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra’ adalah batil kerana perkara tersebut adalah irhas/mu’jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.

Sunday, September 22, 2013

KEBENARAN ITU RENTAS SEMPADAN

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Tiada siapa yang terlepas dari kesilapan dalam dunia ini. Nabi Muhammad s.a.w pun pernah ditegur oleh Allah beberapa kali, termasuk cara baginda melayan ‘Abd Allah bin Ummi Maktum sehingga Allah menurunkan Surah ‘Abasa. Apatah lagi selain nabi, tentu sahaja bukan sekadar kesilapan, tetapi kesalahan dan dosa. Sebesar mana pun ketokohan dan keilmuannya, dosa tetap akan tertampal dalam kehidupannya. Jika tidak pada perbuatan anggotanya, pada niat dan apa yang tersirat dalam jantung hatinya.
Tiada tokoh agamawan yang sunyi dari dosa. Biar pun sebesar mana nama dan kemasyhurannya. Tiada tokoh sarjana sebijak mana sekalipun, pasti ada kebodohannya. Biar pun sebesar mana kesarjanaan dan kepakarannya. Tiada yang sempurna melainkan Allah.

Friday, September 20, 2013

Aurat Wanita:Apa sudah jadi???

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW 
Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Ka'abah

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.


Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.